Huguan Siou “Paramount Leader”

Is Huguan Siou a “paramount leader”?

Hari ini saya selesai menulis satu artikel mengenai institusi Huguan Siou, di mana saya menelusuri sejarah kemunculan institusi Huguan Siou. Apa yang saya dapati adalah bahwa, klaim bahwa Huguan Siou adalah “paramount leader”, adalah klaim yang kurang akurat jikalau kita melihat institusi ini di abad-20. Singkatnya, Huguan Siou yang pertama direkod di dalam sejarah adalah Huguan Siou Monsopiad. Tidak ada yang tahu bila kelahiran Monsopiad, tetapi ada sumber mengatakan tarikh kelahiran Monsopiad adalah sama dengan tarikh kelahiran Datu Menteri Babu, iaitu tokoh suku Bangkaakon di Penampang. Shim menggangarkan bahwa tarikh kelahiran Datu Menteri Babu adalah pada tahun 1815, berdasarkan daripada perkiraan per-generasi bermula dari keturunan Datu Menteri Babu yang lahir pada tahun 1935, iaitu John Milip. Maka, kelahiran Monsopiad juga adalah sekitar tahun 1815, atau di tahun-tahun yang hampir dengan tahun ini; jadi institusi Huguan Siou pertama kalinya muncul pada awal tahun 1800s. Sebelum institusi ini menjadi sebuah institusi seperti hari ini, di mana gelaran ini dijenamakan ulang sebagai gelaran yang memiliki kualiti sebagai “paramount leader”, di zaman dahulu penyandang gelaran ini tidak semestinya memiliki kualiti tersebut. Berikut merupakan antara beberapa alasan yang saya tampilkan :

  1. Istilah Huguan Siou secara pada hari ini didefinisikan sebagai “paramount leader”, tetapi secara etimologi maupun terminologi, istilah tersebut tidak mengandungi erti tersebut. Istilah Huguan Siou ertinya adalah “pemimpin paling perkasa”, iaitu dari akar kata “hugu” dalam dialek Tangara yang ertinya “teras” dan “siou” yang ertinya “perkasa” atau “kuat” atau “gagah”. Maka, ia secara terminologi dapat didefinisikan sebagai : “pemimpin yang gagah perkasa”.
  2. Gelaran ini adalah gelaran khusus suku Tangara dan Bangkaakon di Penampang. Oleh kerana itu, sifat pemimpin ini sebagai “paramount” adalah terhad kepada suku Tanggara sahaja. Walaubagaimanapun, jikalau kita menyelusuri sejarah, pemimpin yang bernama “Huguan Siou” inipun tidak memiliki fungsi yang penting di dalam masyarakat umum, kerana fungsinya hanya semacam “panglima” atau “pemimpin militar” atau “commander”. Walaupun seorang Huguan Siou kemudian akan dilantik menjadi Ketua Kampung, atau ketua beberapa kampung, akan tetapi tidak ada bukti sejarah bahwa Huguan Siou menjadi “paramount leader” di daerah Penampang. Kita ambil contoh Huguan Siou Lasou yang memimpin perang sekitar tahun 1870s melawan Brunei, beliau tidak memenuhi ciri-ciri sebagai “paramount leader”. Ini dapat dibuktikan dengan fakta bahwa, di daerah Penampang pada waktu itu, “paramount leader” yang sebenar adalah Si Limpai, iaitu ibu kepada Lasou yang kemudian diberikan gelaran “Menteri Babu” dengan hak untuk mentadbir Penampang diberikan kepadanya sejak zaman Sultan Brunei sampailah zaman British. Pada tahun 1885, beberapa tokoh suku Tangara dan Bangkaakon yang diberikan gelaran Datu, Menteri Babu, Datu Panglima, Datu Maharaja Lela, Datu Pangeran, Datu Perkasa dan Datu Setia (Dalrymple, 1885:9), yang menunjukkan mereka memiliki peranan di daerah Putatan dan Penampang sebagai wakil kerajaan British. Sementara itu, di dalam rekod catatan British, Huguan Siou Lasou hanya berpangkat ketua kampung Guunsing sahaja (Dalrymple, 1885:9), yang pada zaman British gelarannya adalah “Orang Tua” (OT). Di sini, institusi Huguan Siou tidak begitu mendapat perhatian dari kerajaan British dan boleh dikatakan kurang penting.
  • Di dalam sejarah Wangsa Nunuk Ragang, pemimpin yang benar-benar memiliki kualiti sebagai “paramount leader” adalah mereka yang memakai gelaran “Raja”. Di zaman Nunuk Ragang, seorang commander perang yang digelar “pasod” itu kelihatannya adalah setara dengan “Huguan Siou” di zaman abad-18/19 di Penampang, tetapi pasod mungkin lebih tinggi daripada Huguan Siou. Pasod di dalam sistem pertahanan Kerajaan Nunuk Ragang dapat juga disebut sebagai “Pemimpin Seribu”, kerana di bawahnya ada hampir 1000 orang bawahan yang ia pimpin, di dalam bahasa Inggeris “pasod” adalah “general” perang. Di dalam masyarakat proto-Nunuk Ragang, iaitu di zaman Brunei Kuno, di mana kaum Dusunic masih menetap di pesisiran pantai dan mengasaskan kerajaan Brunei Lama, gelaran yang dipakai adalah “Maharaja”. Inilah gelaran yang juga memiliki kualiti sebagai “paramount leader”, kerana sesuai dengan definisi “paramount” sebagai “more important than anything else/supreme” atau “having supreme power” atau “the highest (in leadership)”, maka demikianlah Maharaja yang berada di atas segalanya pada zaman dahulu. Di Kinabatangan , Wangsa Nunuk Ragang dari parent-tribe “Sukang”, mengasaskan kerajaan di mana raja-raja mereka memakai gelaran “Maharaja”. Maharaja Kinabatangan menakluk kerajaan lain dan mengalahkan raja mereka, terutama kerajaan Idaanik di Segama.

Tetapi sudah tentu, di zaman post-moden ini, istilah “Huguan Siou” telah dijenamakan ulang. Gelaran yang pada asalnya adalah gelaran “militari”, akhirnya diinstitusikan dan dijenamkan ulang sebagai gelaran yang berfungsi sebagai “paramount leader”. Ia bermula pada zaman Tun Fuad ketika munculnya apa yang disebut “Kadazan Nationalism” (yang akan kita bahas di dalam tajuk yang lainnya), di mana model hierarki sosial Tangara digunapakai sebagai model pengistitusian adat. Setelah keruntuhan sistem “kingship” di kalangan masyarkat Dusun, mereka kembali ke sistem tirbalisitik dan salah satu gelaran yang dipakai adalah “Huguan Siou”, terutama di kalangan suku Tangara. Akan tetapi, suku-suku lain memiliki gelaran mereka yang tersendiri misalnya Gunsiou, Kobilangan, Rumantai, Baani, dan sebagainya. Di zaman tribalistik, memang golongan pahlawan yang disebut Gunsiou, Kobilangan, Rumantai, Baani, Huguan Siou, etc, ini seringkali dilantik menjadi pemimpin kampung, tetapi pemimpin kampung tidak semestinya berasal dari golongan ini. Woyoon Pogun (pemimpin kampung) boleh saja berasal dari golongan lain entah dari golongan Bobolian, Pogimbad, tulun ngawi, etc – Ben Randawi, 18 April 2020

Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *